Who is the best teacher you have ever known?
Assalamualaikum dan salam sejahtera. kembali kita kepada soalan yang seterusnya, iaitu siapakah guru terbaik yang pernah anda kenal? Sejujurnya, ini merupakan soalan yang agak sukar kerana bagi saya, setiap tahun pasti akan ada seorang guru yang terbaik. Tetapi, dalam kalangan guru-guru yang terbaik tersebut, terdapat seorang guru yang paling terbaik. Guru ini juga merupakan guru yang paling saya kagumi, dan banyak memberi inspirasi kepada saya. Guru tersebut ialah cikgu Rosmini binti Mat Yaakob.
Cikgu Rosmini atau lebih dikenali dengan cikgu Mini merupakan cikgu di Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Putih. Beliau mengajar mata pelajaran Matematik sewaktu saya di Tingkatan 3. Cikgu Mini merupakan seorang yang penyabar melayan karena muridnya, seorang yang peramah, cantik, bergaya dan paling penting sekali pandai bergaul dengan anak muridnya. Beliau merupakan guru yang membuatkan saya suka dalam mempelajari subjek Matematik. Hal ini disebabkan oleh cara beliau mengajar muridnya di dalam kelas. Beliau memberi penerangan bagi setiap topik dengan terperinci, jelas, mudah difahami dan cara ilmu tersebut disampaikan sangat menarik sehingga saya merasakan kelas yang selama dua masa tersebut berlalu dengan pantas. Disebabkan beliau juga saya sentiasa mendapat markah A di setiap peperiksaan bagi subjek Matematik bermula tingkatan 3 sehingga tingkatan 5. Sewaktu diploma, saya sentiasa mendapat markah A+ dalam setiap subjek Matematik bagi setiap semester iaitu subjek Algebra, Matematik Kejuruteraan I dan II, dan Statistik.
What qualities related to philosophy that made this person a great teacher?
Dalam teori falsasah yang membentuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan terdapat 4 falsafah umum yang utama iaitu idealisme, realisme, pragmatisme dan eksistensialisme. Cikgu Rosmini mempunyai Falsafah Tradisional Idealisme. Falsafah tradisional adalah matlamat telah ditentukan terlebih dahulu oleh autoriti di luar dan manusia hanya mempunyai suara dalam mencapai maklamat tersebut mempunyai prinsip latihan akan perlu diberi perhatian. Sebagai contoh, beliau sering memberi latihan demi latihan kepada murid agar mereka dapat menguasai topik tersebut. Murid juga akan mengingati setiap formula matematik apabila mereka sering membuat latihan. Beliau juga seorang yang menepati masa. Beliau selalu tiba ke kelas sebelum waktu kelas Matematik dan akan tamatkan kelas tepat pada waktu kelas tamat.
Dari sudut metafizik, orang idealisme akan memberi perhatian kepada roh dan jiwa seseorang. Hal ini jelas pada personaliti cikgu Rosmini kerana beliau sangat memberi perhatian kepada jiwa pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Beliau sering bertanya kepada murid-murid sama ada mereka mempunyai sebarang masalah atau kurang faham sepanjang tempoh PdP. Dari segi epistimologi pula , beliau akan sentiasa mengulang apa yang telah dipelajari agar murid sentiasa ingat dan dapat memahami sesuatu dengan lebih mendalam. Sebagai contoh, sebelum memulakan topik baru, Cikgu Rosmini akan membuat revision bagi topik yang telah dipelajari sebelum ini dengan cara menyoal murid di dalam kelas.
Identify the teacher’s natural perspectives in philosophy
Dari aspek Falsafah Pendidikan Barat, berdasarkan soalan sebelum ini telah membuktikan bahawa Cikgu Rosmini mempunyai falsafah barat idealisme di dalam dirinya. Selain daripada falsafah barat idealisme, beliau juga seorang yang pragmatisme. Prinsip utama pragmatisme adalah pengalaman menyelesaikan masalah. Dari segi epistemologi, manusia dapat mengetahui hanya melalui pengalaman. beliau sudah berkhidmat sebagai guru dalam tempoh yang lama, oleh itu beliau mempunyai pengalaman yang banyak untuk menjadikan beliau seorang guru yang berpengalaman luas. Beliau seorang yang akan belajar daripada pengalaman yang lalu untuk menjadi seorang guru yang dapat dijadikan suri teladan kepada anak muridnya. Jadi, melalui pengalaman beliau berkhidmat sebagai guru telah menjadikan beliau seorang guru yang berkualiti tinggi.
Falsafah Pendidikan Islam terbahagi kepada tiga, iaitu Ta'lim, Ta'dib, dan Tarbiyyah. Ta'lim adalah proses mempelajari ilmu secara terus menerus di mana guru dan pelajar peroleh pertambahan nilai yang baik dalam hidup bukan sahaja untuk diri tetapi untuk masyarakat keliling. Ta’lim dapat dilihat di dalam diri Cikgu Rosmini yang mana beliau suka berkongsi ilmu kepada muridnya bukan sahaja ilmu Matematik. Sebagai contoh, di dalam kelas beliau akan berhenti mengajar dalam 5 hingga 7 minit dan berkongsi pengetahuan yang terpintas di mindanya kepada murid agar murid dapat mendengar sambil berehat. Dalam masa yang sama, murid dapat menambah pengetahuan baharu.
Seterusnya, Ta’dib bererti bimbingan, pengakuan yang secara berangsur-angsur ditanamkan kepada manusia tentang segala sesuatu dalam tatanan penciptaan, sehingga membimbing ke arah kesopanan, keramahan, kehalusan budi pekerti , dan ketaatan terhadap kekuasaan dan keagunggan Allah. Sifat Ta’dib dapat dilihat di dalam diri cikgu Rosmini. Beliau seorang yang peramah dan berbudi pekerti. Beliau suka berbual dengan anak muridnya seperti beliau berbual dengan kawan. Hal ini menyebabkan muridnya suka bertegur dengan beliau jika mereka berselisih dengan beliau, tidak kira di dalam sekolah atau luar sekolah. Sifat peramah beliau membuat murid menjadikan beliau sebagai role model dan murid akan mengikut cara beliau.
Akhir sekali, Tarbiyyah adalah proses pengembangan dan bimbingan, meliputi jasad, akal, dan jiwa, yang dilakukan secara berlanjutan, dengan tujuan akhir pelajar mendewasa dan hidup secara mandiri di tengah masyarakat. Sifat Tarbiyyah dapat di lihat di dalam diri Cikgu Rosmini di mana beliau seorang yang suka membantu dengan memberi bimbingan kepada anak muridnya sehingga anak muridnya berjaya. Beliau sering membantu anak muridnya dengan memberi kata-kata semangat agar mereka sentiasa berusaha dalam mencapai cita-cita. Beliau juga akan memberikan perhatian yang lebih kepada murid yang kurang menguasai subjeknya di dalam kelas dengan mengadakan kelas tambahan. Selain itu, sebelum peperiksaan dilakukan, beliau akan memberi tips-tips menjawab soalan dan pada hari peperiksaan, Cikgu Rosmini akan pergi ke kelas dan memberi kata-kata semangat kepada murid agar murid tidak gementar sewaktu menjawab soalan.
Comments
Post a Comment