Why do I want to become a teacher/educator?
Assalamualaikum, salam sekajtera dan selamat menyambut bulan Ramadhan. Apa khabar? Saya harap semua berada dalam keadaan yang sihat dan dihindari dari wabak Covid-19. Pastikan korang semua memakai pelitup muka, sentiasa membasuh tangan, memakai hand sanitizer apabila keluar dari rumah dan paling penting sekali adalah sentiasa melakukan penjarakan sosial.
Berdasarkan tajuk di atas, saya memilih untuk menjadi guru/pendidik kerana sejak saya di bangku persekolahan, saya gemar mengajar kawan-kawan saya sesuatu topik yang mereka kurang fahami di dalam kelas, terutama sekali bagi subjek Matematik. Apabila mereka memahami apa yang saya terangkan kepada mereka, saya berasa sangat berpuas hati dan gembira kerana mereka dapat menyelesaikan soalan tersebut. Sewaktu saya melanjutkan pelajaran di peringkat diploma Kejuruteraan Elektrik, saya gemar membantu kawan-kawan saya dengan mengajar mereka topik-topik yang berkaitan dengan pengiraan. Sebagai contoh, subjek Elektronik, Teori Litar, Matematik Kejuruteraan dan sebagainya. Kemudian, dari situlah saya menanam cita-cita di dalam diri untuk menjadi seorang guru/pendidik.
What was my initial impressions on Philosophy?
Sebelum mempelajari subjek Falsafah Pendidikan, bagi saya falsafah merupakan seseorang tokoh atau ilmuwan yang berpengetahuan tinggi dalam sesuatu bidang yang mereka kuasai. Tetapi, selepas mempelajari subjek Falsafah Pendidikan, saya dapat mengetahui maksud, tujuan dan tokoh-tokoh falsafah di dunia ini.
Falsafah berasal dari perkataan Yunani iaitu “philosophia” yang bermaksud “cinta kepada pengetahuan atau hikmah”, “ingin tahu dengan mendalam atau suka dan cinta dengan mendalam”. Daripada maksud ini dapatlah dikatakan bahawa falsafah bukanlah hikmah itu sendiri, tetapi cintakan terhadap hikmah dan usaha mendapatkannya. Falsafah dapat membentuk suatu pandangan yang sistematik pada tiap-tiap sesuatu yang wujud di alam ini dan dapat memberikan suatu pandangan hidup, serta memberi peluang manusia berfikir baik buruknya sesuatu perkara. Antara tokoh-tokoh falsafah di dunia ini ialah Phytagoras (572 - 492 SM), Socrates (469 – 399 SM) , Plato (427 – 347 SM), Aristotle (384 – 322 SM) dan sebagainya.
After three weeks of lectures, how can I change my views on educational
philosophy?
Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), terdapat tiga cabang falsafah yang perlu diketahui iaitu:
- Usaha yang berterusan – Aksiologi
- Keseimbangan dari aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI) – Epistimologi
- kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan – Metafizik
Melalui tiga cabang
falsafah tersebut, saya dapat mengubah pandangan saya mengenai falsafah
pendidikan dengan memahami, menghayati dan mengaplikasi tiga cabang falsafah di
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Hal ini dapat
dilihat melalui matlamat pendidikan negara iaitu untuk melahirkan masyarakat
yang mempunyai sahsiah yang baik dan seimbang dari aspek intelek, rohani, emosi
dan jasmani (JERI). Selain itu, pendidikan sepanjang hayat merupakan pendidikan
yang selaras dengan kehendak falsafah pendidikan kebangsaan. Nilai-nilai murni amat
penting bagi setiap individu agar dapat melahirkan individu yang baik, beretika,
menghormati orang tua serta menghormati agama dan kaum yang lain. Falsafah
Pendidikan juga dapat membantu seseorang guru untuk memahami asas teoretikal
pendidikan dan mempengaruhi amalannya sebagai seorang guru.
Comments
Post a Comment