ABOUT ME

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat datang dan terima kasih kepada yang sudi membaca blog ini. Nama saya ialah Aina Firzanah binti Jafar, atau lebih dikenali sebagai Aina. Saya dilahirkan pada 21 September 2000 di Hospital Daerah Kota Tinggi, Johor pada waktu 21:12 malam. Saya merupakan anak jati Johor kerana saya dilahirkan dan dibesarkan di Johor. Saya mempunyai 5 orang adik beradik dan saya merupakan anak yang ketiga. Saya juga mempunyai dua orang kakak, seorang adik perempuan dan seorang adik lelaki.

        Saya memulakan zaman persekolahan pada tahun 2007 di Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih (SKTPP) dari darjah satu sehingga darjah enam. Pada tahun 2013, saya menyambung zaman persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Putih (SMKPP) sehingga awal tahun 2016. Kemudian, saya menamatkan zaman persekolahan aku di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru (SMTJB). Pada tahun 2018, saya menyambung pelajaran pada peringkat diploma di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) selama dua tahun setengah di dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik. Kini, saya menyambung pelajaran pada peringkat ijazah sarjana muda di UTHM di dalam jurusan Pendidikan Elektrik dan Elektronik. Haa, nampak tak yang saya ni tak pernah keluar dari Johor 😂



        Hobi saya adalah menonton film dan K-drama. Antara filem kegemaran saya ialah Harry Potter, Avengers, The Maze Runner, The Conjuring dan sebagainya. Antara K-drama kegemaran saya ialah Crash Landing On You, Strong Woman Do Bong Soon, The Penthouse, The Reply Series dan sebagainya. Selain itu, saya juga suka mendengar lagu terumata sekali sewaktu stres. Mendengar lagu adalah salah satu cara bagi menghilangkan stres selain daripada makan makanan yang pedas. Antara genre kegemaran saya adalah Electronic Dance Music (EDM), Pop, Hip Hop dan Rhythm And Blues (R&B).



Comments

Popular posts from this blog

Who is the best teacher you have ever known?

Why do I want to become a teacher/educator?