Identify two of your own natural perspectives of philosophy.
Berdasarkan empat falsafah umum yang sudah dipelajari, saya dapati bahawa saya merupakan seorang yang idealisme dan pragmatisme. 1. Idealisme Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, idealisme bermaksud sifat melihat atau mencita-citakan sesuatu dalam bentuk yang ideal. Saya seorang yang idealisme kerana saya seorang yang percaya terhadap diri saya sendiri. Sebagai contoh, selepas habis peperiksaan, saya yakin terhadap keputusan kerana saya tahu bahawa usaha yang saya lakukan sepanjang tempoh peperiksaan akan memberi keputusan yang setimpalnya. Seterusnya, saya seorang yang teguh pada pendirian. Apabila saya melakukan sesuatu kerja, saya akan memberikan tumpuan sepenuhnya dan tidak akan melakukan perkara lain sehinggalah kerja tersebut selesai. Selain itu, apabila saya memasang sesuatu matlamat, saya akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut, tidak kira apa halangan yang penting saya dapat mencapai matlamat tersebut. 2. Pragmatisme Pragmatisme merupakan kaedah menyelesaikan dan meni...