Why do I want to become a teacher/educator?

Assalamualaikum, salam sekajtera dan selamat menyambut bulan Ramadhan. Apa khabar? Saya harap semua berada dalam keadaan yang sihat dan dihindari dari wabak Covid-19. Pastikan korang semua memakai pelitup muka, sentiasa membasuh tangan, memakai hand sanitizer apabila keluar dari rumah dan paling penting sekali adalah sentiasa melakukan penjarakan sosial. Berdasarkan tajuk di atas, saya memilih untuk menjadi guru/pendidik kerana sejak saya di bangku persekolahan, saya gemar mengajar kawan-kawan saya sesuatu topik yang mereka kurang fahami di dalam kelas, terutama sekali bagi subjek Matematik. Apabila mereka memahami apa yang saya terangkan kepada mereka, saya berasa sangat berpuas hati dan gembira kerana mereka dapat menyelesaikan soalan tersebut. Sewaktu saya melanjutkan pelajaran di peringkat diploma Kejuruteraan Elektrik, saya gemar membantu kawan-kawan saya dengan mengajar mereka topik-topik yang berkaitan dengan pengiraan. Sebagai contoh, subjek Elektronik, Teori Litar, ...